Thursday, May 21, 2009

Chocolate Treasure

arini aku wat biskut pula..akceli,time raya thn lepas aku ada wat biskut ni.tak sempat d hidang kat tetamu, smua da abis dek d kerjakn adik beradik ku.hehe..

biskut ni ada base dia tau.perasa coklat gtu.mmg sedap.klu tak caye, korg try le wat sendiri ekk.ni aku sertakn resipi sekali.tp mcm biasa le, klu korg rasa kemalasan melanda, korg oder je dr aku ekk.hehe..

CHOCOLATE TREASURE ( mamazieza)

Base Biscuit:
250gm butter
25 g susu tepung
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Untuk topping:
2 cwn cornflakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis
Cooking chocolate untuk drizzle

Caracara:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung,
serbuk koko dan susu tepung yg telah diayak terlebih dahulu. Adun sebati dan
bulat-bulatkan sebesar guli dan tekan dalam papercup. Bakar pada suhu 175 darj cel
selama 15min - 20min.
2.Untuk topping, cairkan white chocolate dgn menggunakan kaedah double boiler.
3.Tunggu sebentar sehingga agak suam, baru masukkan cornflakes, almond nibs,
dan mixed fruits. Jgn masukkan semasa panas2, nanti cornflakes lembik.
4.Gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan. Pastikan jgn terlalu banyak cornflakes nanti tidak melekat.
5.Letakkan topping ke atas biskut.
6.Cairkan coklat masakan warna koko dan masukkan dalam piping bag.
Pipe secara drizzle ke atas topping tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam
bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin