Monday, May 4, 2009
Strawberry Cheese Tart
Semlm aku merajinkn diri ku wat cis tat.tat2 ni mmg fav aku.
tmbh2 lg yg ada cis2 ni.ntah2 tu sbb body aku maintain jer kut..
maintain gumuks! hahahha..
apapun, bg yg nak try wat sendiri tat ni, ble la try mana2 antara resipi ni ekk.
STRAWBERRY CHEESE TART
PASTRY :
160g Butter
80g Gula Castor
1st Esen Vanila
Sedikit Garam
1biji Telur
250g Tepung Gandum
BAHAN ISIAN CHEESE :
250g Cream Cheese
3/4 cwn Gula Icing
1biji Telur
1/2 cwn Whipping Cream
1st Esen Vanilla
Strawberry Filling Secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.
CARA-CARANYA :
1) Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
2) Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3) Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4) Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
5) Tekan doh pada acuan tart.
6) Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
7) Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati
8) Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
9) Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
10) Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
11) Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
BLUEBERRY CHEESE TARTS
Sugar Dough (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour
Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg
Blueberry filling
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam
mould dengan fork.
5.. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.
6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk
telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell dan pipekan cheese
keatasnya.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment