Monday, August 3, 2009

Biskut Coklat Chips Rangup

biskut ni lama da aku wat.tp baru arini aku masukkn dlm blog.biskut ni sedap tau.mr hubby suka plak.bila aku tanya, biskut mana yg sedap? sure dia kata, sedap biskut ni lg.huhu..



BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (HANIELIZA)

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin